Sunday 13 July 2014

AKRAB KKM (2011 - 2014)...Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan...

Sebelum daku mencoretkan kenangan ku bersama AKRAB KKM yang daku anggotai..sebaiknya daku mulakan dengan memaklumkan apakah AKRAB itu sebenarnya...

Secara ilmiah...

"Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam PP 18/2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, Rakan Pembimbing juga bervisi menjadi penyumbang kepada usaha modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimibing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAB."

Antara perkara penting dalam Maklumat Korporat AKRAB

Visi  :  Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kerja Kelas Pertama dalam organiasi.
Misi  :
  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB
Objektif  :  Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan
Motto  :  “Berkhidmat Membimbing”
Falsafah  : Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu : “Bantu Diri Untuk Membantu rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.
Prinsip  :  Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Peranan :
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling;
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik;
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan; dan
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.
Etika  :
  • Amanah dan menyimpan rahsia;
  • Menerima dan menghormati orang lain;
  • Memahami batasan dan keupayaan diri;
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek;
  • Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain;
  • Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi; dan
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.

No comments:

Post a Comment