Wednesday 27 June 2012

MOSC 2012

Persidangan Perisian Sumber Terbuka MOSC2012

Tema persidangan untuk MOSC2012 adalah "Enterprising Open Source". Tema ini adalah kesinambungan dari tema terdahulu iaitu “Open To Change (MSC OSCONF 2009)”, “Making The Change (MSC MOSC2010)” dan “Innovating The Change (MOSC2011)”.

Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012)

Tempat
Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tarikh
Dari 8 Julai (Ahad) hingga 10 Julai 2012 (Selasa).
Pendaftaran
Atas talian Online http://www.mosc.my/ atau Email kepada khairunnajah@mosc.my atau melalui telefon di nombor +6012 631 8980.

Pengenalan :

Ianya bermula: Malaysia Open Source Developer’s Community (OSDC.my) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan bangganya akan menganjurkan Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 atau Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012) buat tahun yang ke-4, yang akan diadakan dari 8 hingga 10 Julai 2012 di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sertai Kami :

Kehadiran dan penyertaan tuan/puan didalam persidangan ini juga akan memberikan peluang untuk tuan/puan berinteraksi dengan komuniti dan pembangun perisian terbaik di rantau Asia Pasifik. Pendaftaran boleh dibuat di laman web Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012). Yuran penyertaan hanyalah RM599.00.

Sila lawat Facebook MOSC2012

https://www.facebook.com/mosc2012

Archive

http://bit.ly/oss-mosc2012

No comments:

Post a Comment