Tuesday, 10 May 2011

TOK YEM & NEK LIJAH...

Di sebuah rumah di perkampungan melayu di Negeri Hang Tuah, sebuah keluarga bahagia yang dikenali sebagai Famili TOK YEM tinggal yang kampung tersebut yang diberi nama LIPAT KAJANG yang telah diterokai pada awal tahun 1970an...Di rumah bernombor 23, yang terletak betul-betul di tengah kampung, Famili TokYem dengan anak-anaknya seramai 11 orang beristirehat sambil menjalani kehidupan sederhana...TOK YEM dan NEK LIJAH, begitu lar panggilan yang diberikan kepada pasangan suami isteri yang membesar dan menjaga dengan kasih sayang 11 orang anaknya dengan tanpa mengenal penat dan lelah mencari rezeki untuk suapan..

Sebelas adik beradik umpama se"team" bola sepak, membesar dengan kerenah dan telatah masing-masing..yang sulung KAK LONG panggilan rumah, tapi panggilan kg adalah KAK YAM, menjadi anak pertama TOK YEM dan NEK LIJAH dan menjadi contoh buat adik2 nya yang sepuluh lagi..yang kedua, BANG BUJANG...emmm, susah nak cakap, suka buat apa2 ikut kepalanya sendiri...yang ketiga, KAK NOR..akak yang kuat bekerja...macam2 keja dia buat...KAK SAL yang keempat, sentiasa jaga adik2nya terutama pencerita...BANG MAIL, anak kelima, menjadi anak "kegemaran"...seterusnya yang keenam, KAK BESAH, anak yang NEK LIJAH selalu geleng kepala...yang ketujuh hingga kesebelas, dah mula anak-anak jantan NEK LIJAH dan TOK YEM...yang ketujuh, BANG BEZI, pandai tp ati panas membara, yang kelapan, BANG MEMI, kurang sikit dalam mcari ilmu tp minat mencari rezeki diawal usia...BANG NIZAM, anak kesembilan, membawa gabungan ciri-ciri akak dan abgnya yang diatas...yang ke 10, anak dan adik yang paling dimanjai dan berlawanan dengan ciri-ciri abgnya yang sebelum ini...apa lagi pencerita lar...kat kg panggil IJAL kat tempat keja panggil nama rasmi...hehehe...yang bongsu, adik yang paling istimewa dalam famili TOK YEM dan NEK LIJAH...dipanggil PIZAN @ ADIK...

Namun begitu, masih terdapat 2 lagi ahli keluarga dalam famili TOK YEM dan NEK LIJAH..tp ALLAH S.W.T lebih menyayangi mereka berdua...ABANG AHMAD dan ABANG HARUN, semoga roh-mu dikalangan orang-orang yang soleh...pencerita tak pernah menatap wajah kedua2 abg ini kerana keduanya bersemadi semasa kecil lagi...hanya doa dan ayat-ayat suci mengiringi kalian berdua...AL-FATIHAH....

Di kampung yang sukar kenali, TOK YEM dan NEK LIJAH antara orang yang amat-amat dikenali dan segani, termasuklah juga anak-anak2 nya yang dikenali dengan pelbagai kerenah kenakalan...sebut aje, mana rumah TOK YEM..semua orang tau..semua org kg leh tunjukkan mana satu rumah famili ini...

No comments:

Post a Comment